Wednesday, November 17, 2010

:: AiDiLadHA Di PeRaNtaUAN ::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidiladha buat semua =)


'Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung,
maka dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh 
pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 H'



ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana pada tanggal ni, saya masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara Aidiladha walaupun berjauhan dari keluarga.,
tahun ni, disebabkan masih lagi didalam exam week, maka faham2 jelah ek.,raya tahun ni x balik kampung.,alalala., kesian.,hehehe
ini bukan kali pertama beraya di kampus, dulu semasa saya 1st year n 1st sem, saya x balik untuk raya aidilfitri, huhu.,xpe.,anak lelaki kan, biasa la., =)

hari ni., kali ni., saat ni., ketika ni.,
saya nak cite la ckit pengalaman beraya kurban kat kampus ni.,huhu.,
p sebelum tu nak cite ckit la kejadian yang menimpa saya pada 2 hari sebeluum hari raya ni.,hmm
2 sehari sebelum hari raya.,saya gi hantar semua baju melayu saya ke dobi untuk dicucui.,biasa la kan rajin sangat,.huuu., sy ckp kat kakak tu nak ambil esok.,mean semalam la kan.,
tapi semalam sy ade exam hbis kul 5.30 ptg.,lps habis exam trus memecut ke dobi.,
TETAPI,,JENG JENG JENG.,
alamak~!! dobi da tutup la.,ayoyoyoyoyo.,

ngn pami pas solat raya bersama baju pinjam.,huhu
cane esok ak nak beraya.,x berbaju raya la.,huhuhuhu.,
p ak x kesah pun.,
hal ni smpai kepada keluarga n kawan2 ak.,
tapi alhamdulillah.,sy mempunyai rumate yang baek.,walopom die kurus.,die bagi sy pinjam jubah beliau.,
jubah dari Mekah tu.,huhu.,
jadi sy pun pakai la baju tu untuuk beraya tadi, ada jugak la baju raya saya.,hehehe.,tq Sabri.,

lepas ciap2 solat sunat hari raya.,
tetiba lak perut sy ni berbunyi.,huhuhuhu.,
lapar sgt2.,

lembu yang terpilih...agak skinny..huhu
haaa.,da tumbang pun.,readyyy....
alaa.,da x nmpk dah.,huuu
tgk kiri kanan.,lembu pun x tumbang agi.,huhu.,
xpelah.,tggu la lmbu kna semblih jap.,sy pun tunggu la nk tgk lmbu tu dsmbelih.,
tggu punye tggu punye tggu.,
x tersembelih gak lembu 2.,huhuhu.,

bukan apa.,sbb tadi sume kwn2 sy yng tlg rebahkan lembu tu.,
p.,xde org yg nk strt.,mksdnyaxde arahan la nk buat ape strusnya.,jadi lmbt la ckit.,
sy pun rehat2 bawah pondok jap.,penat berdiri lma sgt.,
hehehe.,

lpas tu.,terdengar bunyi laungan takbir raya.,
sy tgk sebelah sana.,org ramai da ready untuk tgk makna kurban di hari raya ni.,
zup zap zup zap~
tumbang sudah 3 ekor lembu.,
kawan2 ajak saya tlg cuci2 daging.,
p saya ckp sy x boleh.,bukan ap.,
sy lapar sgt2 time tu.,
lepas 2 sy trus naek ke bilik.,tukar baju n semua2 la.,
saya pun jak la kawan sy g mkn kat luar.,
nk tggu gulai msk lmbt agi kot.,
huhuhuhu.,.,
jadi kami berdua dengan berkenderaankan moto kapcaiku.,
trus keluar untuk cari makan.,tgk kiri kanan.,
ayoyoyo.,
semua kedai tutup.,lupa kan hari raya,
org pun nak raya gak.,hehehehe.,
discuss punye discuss.,
last2 KFC gak jadi destinasi yang dituju.,huhuhuhuhu.,
nak dipendekkan cerita.,
lepas balik dari kfc.,hntr kwan jap.,
trus baring n tido.,
sedar2 rumate ku mengejutkan ku dengan bau gulai daging.,
apa lagi,, dengan segera saya bangun.,hehehhe
rupa2nya gulai da masak.,jadi sy mkn lagi untuk ptg tadi,.,
p kan.,sebelum sy mkn.,PA sy msj.,beliau cakap.,'jangan makan daging banyak sgt tau.,aw tu migrain'
hehehehe.,ade gak org ingt kat sy.,tq ek Annajah Iqa ^_^
pastu.,lps solat asar.,bukan niat nk tdo.,tertido selepas kekenyangan.,huhuhuhu.,(jangan ditiru aksi ini.,x digalakkan.,huhu)

lepas 2.,sy bgun kemaskan diri.,n solat maghrib.,
then solat isya.,solat kat bilik je.,tetiba.,terdengar laungan takbir raya dari masjid.,
termenung ku seketika.,mulutku turut melafazkan takbir.,
tetiba tringt kat kampung.,trgt ayah umi.,adik2.,huhuhu.,xpe2.,jap agi nk kol diaorg.,huhuhu.,
smpai la saat sy menulis blog ni.,
xde papepun.,saje je nak share pgalaman beraya haji kat U ni.,hehehehe.,
p kan.,
sebelum sy undur diri.,sy nk tinggalkan anda semua dengan sedikit tazkirah ringkas la tentang apakah itu 'PENGORBANAN'


.............................................................................................................

Jom kita mengingati asal usul Hari Raya Korban dan erti pengorbanan :

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

“Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Pengertian 


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



senyum kambing ni.,mentang2 x kena smbelih.,hehehe....
WALLAHUALAM..

-UHibBuKi890-

0 comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.